بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم AsSaLaMuAlAiKuM.....=)

Monday, July 11, 2011

SodiQoti...

11/7/11:. (10:58PM)



Bismillahirrohmannirrohim....
Malam ni insyaallah aq nk share somthing utk sahabat2..kerna aq SAYANGKAN korg!

Bace pelan2 ye..=)

Kerana aku sayangkan kamu,
Aku mohon padamu;
Jagalah ikhtilatmu dengan ajnabi.
Ini bukan cuma permohonanku, namun ini satu perintah dariNya


Sayangku,
Kau permata yang tinggi nilainya jika kau menjaga maruahmu.
Ya, kau nisa' yang cuba meraih cintaNya.
Namun, dalam cubaanmu untuk menggapai cintaNya itu, 
Kau lupa, kau leka tentang satu perkara;
Kau lupa untuk merapikan lagi penjagaan hatimu, sayangku.

Habibati,
Aku takut sekali.
Takut sekali dengan fitnah kaum kita; kaum hawa.
Tanpa kau sedari,
Kau sedang menjadi fitnah buat dirinya.
Ya, aku mengerti hatimu.
Hatimu minta dibelai, hatimu meminta perhatian dari orang yang kau cintai.
Tapi, bukan itu caranya.
Bukankah cinta itu lebih manis jika dipendam?
Dan bukankah semua orang mendambakan kemanisan percintaan?

Dan tidakkah kau mengerti,
Kalau yang namanya cinta itu perlukan pengorbanan?
Jika benar, kau mencintainya kerana Allah.
Tinggalkan dia!
Lupakan dia!
Jangan jadi fitnah buatnya!
Jangan jadi peruntuh imannya!
Dan yang paling penting,
Jangan biarkan dia meruntuhkan imanmu yang selama ini ku pandang tinggi.

Sahabatku,
Aku mohon.
Sedarlah, bangkitlah dari lenamu.
Cinta dan pandangan manusia,
Tidak membawa ke mana-mana.
Jangan kau bazirkan masamu, dan kesucian hatimu.
Dengan mencintai dan melayani seorang ajnabi yang belum tentu halal buatmu.

Lupakah kau;
Telah tercatat sepotong nama lelaki di Luh Mahfudzmu?
Sanggupkah kau;
Mengkhianati kesucian cinta buat bakal zaujmu?
Aku mengerti, temanku.
Cinta itu memang fitrah.
Namun, cukuplah sekadar cintamu itu hanya kau dan Dia yang mengerti.
Tak perlu kau uar-uarkan tentang cintamu itu,
Tak perlu kau tampakkan cintamu padanya,
Kerana itu cuma akan merosakkan kesucian hatimu.

Sahabatku,
Kerana aku sayangkan kamu,
Aku inginkan perubahan daripadamu.
Aku sudah cukup kecewa dengan kemurahan kaum hawa era ini,
Dan aku mohon,
Aku mohon agar kamu tidak tergolong dalam golongan itu.

Sayangku,
Jagalah hatimu.
Memang perit untuk memendam perasaan cinta ini,
Aku tahu dan aku sangat mengerti.
Namun, kau harus sentiasa memegang kata-kata ini;
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Memendam perasaan itu perit,
Namun ganjarannya itu manis.






=( Astaghfirullah. Ya Allah, jauhilah diriku daripada menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Jauhilah diriku daripada perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Ya Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


 Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,,,,,,,



1 comment: