بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم AsSaLaMuAlAiKuM.....=)

Monday, July 11, 2011

CuKup ALLAH dI HaTi...

11/7/11:. (6.45PM)

Muslimah sejati pastinya idamkan adam sefikrah
Dia ingin menjaga hatinya daripada cinta nafsu
Dia hanya ingin hatinya sarat dengan cinta Ilahi

Dia tidak mahu hatinya terjerumus dengan cinta nafsu


Dia sentiasa ingin mengelak daripada berbual kosong dengan adam
 agar dapat menjaga hati dan pandangannya daripada terkena panahan syaitan

"Wanita solehah tidak memandang dan dipandang"
Biarpun dirinya terasa asing

Namun dia tahu, ada Dia dekat di hatinya
Dia tidak buntu adam untuk memberinya perhatian dan kasih sayang
Kerana cukuplah ada Allah dihatinya

Yang lebih membahagiakan dan Lebih menceriakan hidupnya..




Wahai Syabab.....



Sekian lama hati ini sunyi
Sekian lama hati ini ku jaga
Serapi-rapinya daripada cinta sang manusia
Namun akhirnya aku akur juga
Pada fitrah dunia

Bercucuran mengalir air mata cinta
Cinta yang mungkin menempa murka
Daripada Yang Maha Esa
Ya Allah, aku tidak pinta
Sungguh aku tidak sengaja
Selain daripada mendambakan cinta-Mu ya Allah
Hanya cinta-Mu yang aku damba
Hanya cinta-Mu yang ingin aku saratkan ke dalam jiwa
Tidak mahuku terus memikir
Pada cinta yang tidak pasti kesudahannya
Pada cinta manusia yang mengundang kecewa
Hanya dengan cinta-Mu yang memberiku bahagia
Namun getaran ini tetap terdetik
Kerana-Mu jugalah kami bertemu
Walau hanya di alam maya
Tiada wajah, tiada suara
Hanya bicara kata
Bagi menyemarakkan bicara kata daripada-Mu ya Allah
Ya Allah, ku pinta jawapan-Mu dalam isthikarah cintaku
Untuk aku teruskan atau mengundur diri
Teruskan cintaku padanya
Jika dia yang Kau telah rencanakan untukku
Jika dia juga mencari cinta-Mu dalam dirinya
Teruskan cintaku padanya
Hanya kerana perjuangan bersama
Ke jalan syahid dengan izin-Mu ya Allah

Wahai dikau
Akanku diamkan bibir ini tanpa kata
Biarkan hanya hati berbicara
Walau batin terseksa
Walau jiwaku lara
Kerana ini lebih baik bagiku
Sebagai bukti cinta dan kesetiaanku padamu
Kerana tidakku mahu rosakkan mujahadahmu
Tidakku mahu rosakkan semangat mujahidnya di bumi Jihad
Agar aku menjaga kesucian hatinya
Agar aku menjaga kemuliaanmu
Daripada hubungan terlarang
Wahai dikau
Akanku jaga hati ini untuk kau miliki
Andai jika kaulah istikharah cintaku
Akanku usaha agar hati ini tidak lara
Dan terus mendambakan cinta-Nya sebelum cintamu
Akanku usaha menjadi wanita solehah untuk kau tatapi
Sepenuh hati
Untuk kau hargai setulus hati
Walau wajah tak seindah bunga
Walau akhlak tidak sempurna kemuliaanya
Wahai dikau
Akanku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Setelah kita bersama
Dengan lafaz ijab kabulmu
Temukan dia ya Allah dalam isthikarah cintaku


6 comments: