بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم AsSaLaMuAlAiKuM.....=)

Thursday, July 14, 2011

LelaKi KaCak Saye

Lelaki Kacak bersama Jenazah.


by: Fasehah Roslan



Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.


Nura Mira dan Sahabat sahabiah sekalian,,,,JOM cintai Al-Quran *,^



75 Dosa BesaR

75 Dosa Besar Yang Wajib Diketahui Umat islam



Dosa besar jumlahnya Berbeza-beza menurut pendapat para ulama. Ada yang menyatakan 4 dan 7 menurut Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Ada pula yang membagi 2, iaitu yang dihukum di dunia dan diancam azab di akhirat.

Berikut ini adalah dosa-dosa besar menurut kitab Al Kabair karya Syamsudin Adz Dzahabi yang semuanya berjumlah 75 dosa besar. Dosa-dosa besar yang dimaksud adalah :

1. Menyekutukan Allah (Syirik)
2. Membunuh orang dengan sengaja
3. Sihir
4. Meninggalkan sholat Fardlu
5. Enggan membayar zakat
6. Tidak puasa Ramadhan tanpa alasan
7. Enggan menunaikan haji
8. Durhaka kepada kedua orang tua
9. Menjauhi kerabat ( Memutus hubungan silaturahmi )
10. Zina
11. Homoseksual
12. Riba
13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
14. Dusta
15. Melarikan diri dari peperangan
16. Pemimpin yang menipu rakyat
17. Berlaku sombong
18. Kesaksian palsu
19. Minum minuman keras
20. Judi
21. Menuduh zina kepada perempuan baik
22. Khianat dalam harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merampok
25. Sumpah palsu
26. Berbuat zalim
27. Membantu berbuat zalim
28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
29. Bunuh diri
30. Suka berbuat dusta
31. Hakim yang durhaka
32. Menyuap dalam masalah hukum
33. Perempuan menyerupai laki-laki dan sebaliknya
34. Mengasuh keluarga dalam dosa
35. Kawin dengan dasar cina buta
36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
37. Riya ( Pamer)
38. Menyembunyikan ilmu
39. Khianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mengingkari takdir
42. Menyelidiki rahasia orang (Tajassus)
43. Mengadu domba ( Namimah)
44. Mengutuk orang muslim
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada dukun dan tukang ramal
47. Nusyuz seorang perempuan terhadap suami
48. Menggambar patung dan makhluk hidup lainnya
49. Meratapi orang mati ( Niyahah)
50. Berperangai jelek
51. Zalim terhadap orang yang lemah
52. Menyakiti hati tetangga
53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
54. Durhaka terhadap hamba Allah
55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
56. Menyembelih binatang untuk sesajen
57. Hamba sahaya melarikan diri dari tuannya
58. Memalsukan keturunan
59. Menentang kebenaran
60. Enggan memberikan kelebihan air
61. Mengurangi Timbangan dan Takaran
62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
63. Meninggalkan jamaah sholat Jum’at
64. Curang dalam berwasiat
65. Tipu daya
66. Mencaci orang Islam dan membeberkan rahasianya
67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
69. Buang air besar ditempat berteduh
70. Kencing di tempat air untuk mandi
71. Nifak : sifat yang berbeda antara lahir dan bathin
72. Lupa kepada Allah
73. Kikir
74. Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, Daging babi, darah dan daging binatang yang disembelih        selain nama Allah
75. Kufur kepada Allah 

Setelah kita mengetahui 75 macam dosa besar tersebut dan kita mungkin termasuk diantaranya, ada baiknya kita segera bertaubat untuk menghindari murka dan azab Allah SWT karana Allah berjanji akan segera menghapuskan dosa-dosa kita bila kita segera menyedari kesalahan dan bertaubat serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

IsTiKhaRah

14/7/11 :. (12:15PM)


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


Layan JaP,,,,,*,^

Wednesday, July 13, 2011

ChAnTeK,,,

13/7/11:. (10:34PM)

ChAnTeK,,,,,

Cantiknya bile pndg sahabat baik sy menyarung tudung labuh..bukn cntik rupanya yq aq pandg..tapi cntik IMAN nya..Tidak pernah mengeluh bahang panasnya mentari walaupun seluruh tubuhnya bertutup..Aq pula yg mengeluh kepanasan.. =(,,,,Pernah terdetik dalam hati, x rimas ke dia ni..dh la pakai baju kurung, pastu sarung jubah plak..sarung tudung labuh..pakai stokin lagi. Stokin plak tebal,,,Dia x pernah kisah pe org lain pandang cara dia berpakaian..tapi kenapa aq kisah??

=) pernah satu hari aq mencuba pakai tudung dia..haha..comel gak *,^..tapi x brapa sesuai plak dgn baju kecik  yg ku pakai..Hmmmm...sedihnya...Bila nk berubah ni?????

<3 SeRaMbi MakKah <3


Bersyukur rasanya aq dapat belajar di kelantan..nk tau kenapa?..................................

Ketenangan..YE..aq dpt ketenangan di sini..ketenangan yg aq xkn dapat bila ada di johor..kt sini ada sahabat yg boleh membuatkan aq sentiasa rasa ingin berubah..sentiasa meningkatkan iman aq..Peribadi dia menguatkan aq..Benarlah kata2,,,

Abu Musa r.a.: Nabi saw. bersabda: Perumpamaan kawan yang baik dan yang jelek, bagaikan pembawa misik (minyak wangi) dengan peniup api tukang besi, maka yang membawa misik, adakalanya memberimu atau engkau membeli padanya, atau mendapat bau harum daripadanya. Adapun peniup api tukang besi, jika tidak membakar bajumu atau engkau mendapat bau yang busuk daripadanya. (HR Imam Bukhari, Muslim).


Segan terasa ble bila melihat diri aq dlm cermin...terasa diri ini kerdil tapi SOMBONG pd Allah..Berkuasa ke aq nk  melawan perintah Allah? Ya Allah..aq x jahill,,aq tahu ciri seorang muslimah itu bagaimana...Aq tau Ya Allah..berilah aq kekuatan untuk mentaati perintahMU..

Dear sahabatku,,,Shukran jazilan wa-baraka Allah ^_^



KeNaPe aQ di Uji????

13/7/11:. (10:38AM)

Kenapa aku di uji ?



satu persoalan yg selalu bermain dalam fikiran kita ketika kita di uji kn?
ketika ujian yg dtg sehingga kita rasa tiada sesiapa pun mengerti apa yg kita sedg lalui..seakan-akan kita la manusia yg plg malang sekali dlm dunia ini..MasyaAllah sahabat...



xkn la tiada sesiapa yg mengerti kamu? xkn la tiada sesiapa yg menjadi tempat kamu bergantung?
sahabiahku...segala persoalan kita sudh terjawab di dalam al-Quran...

:. Bacalah al-Quran .:

KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
KENAPA TERTEKAN ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman"
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah utk mereka..."
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal"
AKU TAK SANGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :Qs. Yusuf : 12
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
^,^ Ya Tuhan kami,,,,kurniakanlah kesabaran keatas diri kami, dan tetapkanlah pendirian kami 

Nura Mira,,,,,Tiada lagi alasan untuk kamu bersedih...La TAhzan..innallaha ma'ana

Sumber yg sgt berguna @ Ilmi-Islam.com


CinTAi aQ dalam DiAmMu..

13/7/11 :. 12:20AM

Jika syg...jika rindu..
prlu ke di ungkapkan..
prlu ke wahai lelaki ajnabi...
mngapa aq prlu ada di setiap saat dlm nafasmu...

Jika syg..jika rindu...
Bukan ke hnye untuk Allah dan Rasulmu..
untuk kedua ibu bapamu..saudara kandungmu..
mengapa perlu aq yg kau harapkan utk membalas cintamu...

Aq belum layak utk di cintai..
Aq hanye hamba padaNya...
Jika syg..jika rindu...
mintalah keampunan padaNya..
minta keredhaan cinta itu dariNya...

Lupakah kau...
Telah tercatat nama seorang hawa di Luh Mahfudzmu?
sanggupkah kau mengkhianati kesucian cinta bakal isterimu?

Jika syg jika rindu..
SUNGGUH aq mengerti, wahai dikau..
cinta itu memang fitrah..
namun..cukuplah sekadar cintamu itu hanya kau dan DIA yg mengerti..
Tak perlu kau tunjukkan tentang cintamu padaku.
SUNGGUH, aq yakin cintamu itu ada utk aq..
Tak perlu kau tampakkan cintamu padaku..
TAK PERLU.....




~ Maafkan aku...

Monday, July 11, 2011

SodiQoti...

11/7/11:. (10:58PM)



Bismillahirrohmannirrohim....
Malam ni insyaallah aq nk share somthing utk sahabat2..kerna aq SAYANGKAN korg!

Bace pelan2 ye..=)

Kerana aku sayangkan kamu,
Aku mohon padamu;
Jagalah ikhtilatmu dengan ajnabi.
Ini bukan cuma permohonanku, namun ini satu perintah dariNya


Sayangku,
Kau permata yang tinggi nilainya jika kau menjaga maruahmu.
Ya, kau nisa' yang cuba meraih cintaNya.
Namun, dalam cubaanmu untuk menggapai cintaNya itu, 
Kau lupa, kau leka tentang satu perkara;
Kau lupa untuk merapikan lagi penjagaan hatimu, sayangku.

Habibati,
Aku takut sekali.
Takut sekali dengan fitnah kaum kita; kaum hawa.
Tanpa kau sedari,
Kau sedang menjadi fitnah buat dirinya.
Ya, aku mengerti hatimu.
Hatimu minta dibelai, hatimu meminta perhatian dari orang yang kau cintai.
Tapi, bukan itu caranya.
Bukankah cinta itu lebih manis jika dipendam?
Dan bukankah semua orang mendambakan kemanisan percintaan?

Dan tidakkah kau mengerti,
Kalau yang namanya cinta itu perlukan pengorbanan?
Jika benar, kau mencintainya kerana Allah.
Tinggalkan dia!
Lupakan dia!
Jangan jadi fitnah buatnya!
Jangan jadi peruntuh imannya!
Dan yang paling penting,
Jangan biarkan dia meruntuhkan imanmu yang selama ini ku pandang tinggi.

Sahabatku,
Aku mohon.
Sedarlah, bangkitlah dari lenamu.
Cinta dan pandangan manusia,
Tidak membawa ke mana-mana.
Jangan kau bazirkan masamu, dan kesucian hatimu.
Dengan mencintai dan melayani seorang ajnabi yang belum tentu halal buatmu.

Lupakah kau;
Telah tercatat sepotong nama lelaki di Luh Mahfudzmu?
Sanggupkah kau;
Mengkhianati kesucian cinta buat bakal zaujmu?
Aku mengerti, temanku.
Cinta itu memang fitrah.
Namun, cukuplah sekadar cintamu itu hanya kau dan Dia yang mengerti.
Tak perlu kau uar-uarkan tentang cintamu itu,
Tak perlu kau tampakkan cintamu padanya,
Kerana itu cuma akan merosakkan kesucian hatimu.

Sahabatku,
Kerana aku sayangkan kamu,
Aku inginkan perubahan daripadamu.
Aku sudah cukup kecewa dengan kemurahan kaum hawa era ini,
Dan aku mohon,
Aku mohon agar kamu tidak tergolong dalam golongan itu.

Sayangku,
Jagalah hatimu.
Memang perit untuk memendam perasaan cinta ini,
Aku tahu dan aku sangat mengerti.
Namun, kau harus sentiasa memegang kata-kata ini;
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Memendam perasaan itu perit,
Namun ganjarannya itu manis.






=( Astaghfirullah. Ya Allah, jauhilah diriku daripada menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Jauhilah diriku daripada perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Ya Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


 Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,,,,,,,